Dinamika pedidikan Islam: pengaruh peradaban Islam dan ketamadunan Barat dalam budaya dan pendidikan di Malaysia

., Usiono and ., Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis and ., Muhammad Talhah Ajmain and ., Aisyah Sjahrony and ., Ikwan Lubis (2019) Dinamika pedidikan Islam: pengaruh peradaban Islam dan ketamadunan Barat dalam budaya dan pendidikan di Malaysia. Asean Comparative Education: Research Journal on Islam and Civilization, 3 (2). pp. 55-70. ISSN 2600-769X

[img] Text (Artikel Jurnal)
51 - Published Version

Download (19kB)

Abstract

Alam Melayu telah menyaksikan kehadiran pelbagai pengaruh luar yang menyerap masuk ke dalam perkembangan institusinya termasuk kehadiran pengaruh pendidikan peradaban Islam dan ketamadunan Barat yang tercatat kemas di dalam sejarah. Oleh itu, penulisan ini secara khususnya membincangkan bagaimana dinamika pengaruh pendidikan peradaban Islam dan ketamadunan Barat membawa perubahan kepada budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Pengaruh yang dibincangkan dalam kajian ini merangkumi tujuh aspek pendidikan peradaban dan ketamadunan iaitu (i) seni bina, (ii) perkahwinan, (iii) kesihatan, (iv) pakaian, (v) hiburan, (vi) budaya sastera, dan (vii) pendidikan. Kajian ini merupakan penyelidikan kepustakaan dengan merujuk bahan-bahan atau sumber ilmiah yang berkaitan dengan fokus kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya pelbagai dinamika pengaruh yang dibawa oleh peradaban Islam sehingga mengubah dan menukar amalan masyarakat Melayu manakala ketamadunan Barat pula membawa dua sisi pengaruh iaitu nilai yang positif ataupun negatif. Pengekalan pengaruh kedua-dua peradaban dan ketamadunan ini dalam masyarakat budaya Melayu di Malaysia haruslah selari dengan kehendak shariah. Dalam usaha mengekalkan kedua-dua peradaban dan ketamadunan ini, kurikulum bersepadu perlu diaplikasi dalam pendidikan, khasnya di peringkat institusi pengajian tinggi; antara lain, ia sedang dilaksanakan menggunakan konsep kesepaduan kurikulum berdasarkan Aql dan Naql. Di samping itu, konsep pendidikan bersepadu dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berteraskan empat elemen: (i) kreativiti (creativity), (ii) refleksi (reflectivity), (iii) bekerjasama (reciprocity), dan (iv) bertanggung jawab (responsibility). Kertas kerja ini diakhiri dengan pemaparan dinamika perkembangan mata pelajaran pendidikan Islam di Malaysia dan cabaran berhadapan dengan revolusi industri 4.0. Implikasinya, dalam mengkaji dinamika pendidikan Islam di Malaysia mulai pra merdeka sehingga pasca merdeka, konsep pendidikan Islam yang bersepadu dan seimbang perlu diamalkan demi kelestarian umat Islam di dunia ini.

Jenis Item: Artikel
Uncontrolled Keywords: pendidikan islam
Subjects: 2X7 FILSAFAT DAN PERKEMBANGANNYA > 2X7.3 Pendidikan Islam > 2X7.37 Perbandingan sIstem pendidikan Islam dan lainnya
2X7 FILSAFAT DAN PERKEMBANGANNYA > 2X7.3 Pendidikan Islam > 2X7.39 Ketentuan historis dan geografis.
Divisions: Artikel (Jurnal, Koran, Majalah)
Pengguna yang mendeposit: Mrs. Dra. Retno Sayekti, MLIS.
Date Deposited: 30 Jun 2020 12:47
Last Modified: 30 Jun 2020 12:47
URI: http://repository.uinsu.ac.id/id/eprint/9014

Actions (login required)

View Item View Item