Isu Terkini Pendidikan Islam Di Era Pandemik Covid 19 Di Malaysia

Lubis, Maimun Aqsha and Kamis, Mohd Sham bin and Salleh, Sohaina binti Mohd and Zunidar, Zunidar and Usiono, Usiono and Yusnaldi, Eka and Taib, Siti Hajar binti and Lubis, Ikwan (2021) Isu Terkini Pendidikan Islam Di Era Pandemik Covid 19 Di Malaysia. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 4 (1). pp. 75-91. ISSN 2600-769X

[img]
Preview
Text
72-139-4-PB.pdf

Download (611kB) | Preview

Abstract

Pendidikan telah berubah dari masa ke semasa terutama dalam era pandemic Covid-19 ini. Persoalan kajian dalam artikel ini berfokus kepada isu terkini pendidikan Islam di Era pandemik. Pendidikan Islam dari sudut Falsafah Pendidikan merupakan keperluan dalam institut pendidikan yang mempunyai pelajar beragama Islam khasnya. Kemajuan dan perubahan pendidikan Islam di Malaysia berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Metodologi kajian ini adalah berbentuk kepustakaan dan pemerhatian secara terlibat. Artikel ini bertujuan untuk; (i) mengenalpasti pendidikan Islam dari sudut falsafah Pendidikan, (ii) mengenalpasti pendekatan amalan pendidikan secara amnya di era pandemik (iii) mengenalpasti pendekatan amalan pengajaran Pendidikan Islam di era pandemik Covid-19 di Malaysia. Pendidikan Islam di Malaysia di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia dengan kehadiran isu dan cabaran dari masa ke semasa mengikut peredaran masa dengan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang kini memasuki gelombang ke tiga. Pelan pembangunan yang disediakan ini jelas bagi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam strategi pengajaran berpusatkan murid berbanding strategi konvensional atau pemusatan guru terutama dalam pengajaran pendidikan Islam. Adapun pendekatan dan strategi pendidikan dalam era pandemik ini menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang berasaskan teknologi dan disampaikan secara optimum. Ini membawa kepada pendekatan amalan pengajaran dalam Pdp pendidikan Islam dalam era pandemik secara maksimum. Hasil kajian mendapati cabaran pandemik memberi implikasi terhadap guru terutama guru pendidikan Islam dalam mengharungi Pdpr sebagaimana dirancang serta sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran teknologi dalam pengajaran secara kreatif dan inovatif.

Jenis Item: Artikel
Subjects: 2X0 ISLAM (UMUM)
Divisions: Artikel (Jurnal, Koran, Majalah)
Pengguna yang mendeposit: Ms Novita Sari
Date Deposited: 18 Jan 2022 07:51
Last Modified: 18 Jan 2022 07:51
URI: http://repository.uinsu.ac.id/id/eprint/13176

Actions (login required)

View Item View Item