Nafkah Keluarga Yang Ditanggung Istri (Studi Terhadap Putusan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang)

Senu, Siti Nurulhuda Binti (2021) Nafkah Keluarga Yang Ditanggung Istri (Studi Terhadap Putusan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang). Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara.

[img]
Preview
Text
Skripsi Siti Nurulhudaa (0201163175).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Para fuqaha bersepakat bahawa seseorang suami adalah berkewajiban dari segi hukum Syarak untuk menanggung nafkah isteri dan anak-anak. Dari segi perundangan pula, dalam Seksyen 60 dan 61 Bahagian VI, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 [Enakmen 3 Tahun 2005] ada menyentuh tentang nafkah istri, anak dan lain-lain. Hukum Syarak juga menggariskan keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan istri menuntut agar difasakhkan perkawinannya dengan suami termasuklah disebabkan kecuaian atau kegagalan suami untuk memperuntukkan nafkah kepada istrinya. Ini jelas dinyatakan dalam Seksyen 53, Bahagian V Pembubaran Perkahwinan, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 [Enakmen 3 Tahun 2005]. penelitian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana pertimbangan hakim bicara dalam memutuskan perkara cerai gugat berpunca dari kecuaian atau kegagalan suami memberi nafkah dalam kasus Fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang dalam Nomor perkara: 06001-014-1193-2019. penelitian ini menumpukan kepada kandungan alasan penghakiman kasus tersebut. Permasalahan yang dijadikan acuan untuk penelitian dengan menumpukan kepada penelitian kasus. penelitian ini dijalankan melalui kajian pustaka, kajian literasi, kajian kasus dan wawancara ringkas dengan pegawai Mahkamah. Penulis juga mendapatkan pandangan dan penjelasan dari Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang berkaitan prosiding kasus cerai secara fasakh merujuk kepada peruntukkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negeri Pahang. Hasil penelitian, penulis berpendapat bahawa isu kecuaian dan kegagalan suami atau kepala keluarga dalam menanggung nafkah keluarga boleh menggugat kemaslahatan orang tanggungannya termasuklah istri dan anak. Walau bagaimana dalam situasi tertentu, desakan untuk memenuhi keperluan seharian mendorong istri mencari nafkah dengan bekerja. Keadaan ini menggambarkan kegagalan peranan suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan Hukum Syarak yang menjadi asas membolehkan istri menuntut fasakh di pengadilan

Jenis Item: Skripsi (Skripsi)
Subjects: 2X4 FIQH > 2X4.3 Hukum Perkawinan / Munakahat
Divisions: Fakultas Syariah dan Hukum > Ahwal Syakhshiyyah > Skripsi
Pengguna yang mendeposit: Ms Novita Sari
Date Deposited: 17 Apr 2021 16:06
Last Modified: 17 Apr 2021 16:06
URI: http://repository.uinsu.ac.id/id/eprint/11412

Actions (login required)

View Item View Item